Saturday, July 10, 2010

MESYUARAT AGUNG BADAN BERUNIFOM

Tanggal 7 Julai 2010 yang lalu, telah berlangsung mesyuarat agung badan beruniform. Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk memilih ahli-ahli jawatan kuasa yang baru bagi sesi 2010/11. Mesyuarat berkenaan telah berjalan dengan lancar di bawah bimbingan dan nasihat guru-guru pemimpin masing-masing.
Diharapkan ahli-ahli jawatan kuasa yang baru dilantik akan berusaha mempertingkatkan keterampilan unit masing-masing. Kepada seluruh jawatan kuasa sesi 2009/10, sekalung penghargaan diucapkan kepada anda semua kerana telah berjaya meletakkan asas bagi setiap unit masing-masing.

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAN PELANTIKAN PENGAWAS SESI 2010/11

Pada 11 Julai 2010, seramai 41 orang pelajar tingkatan empat akan dilantik sebagai Pengawas bagi sesi 2010/11. Majlis berkenaan akan disempurnakan oleh Tuan Haji Ismail bin Ibrahim, Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. Semoga pelantikan kepimpinan Lembaga Pengawas yang baru akan memantapkan lagi pengurusan murid. Tahniah diucapkan.